Friday 1 April 2011

Rumusan STPM


Masalah utama untuk menghasilkan rumusan yang mantap pada peringkat STPM bukan semata-mata terletak pada kemampuan mencari isi utama, isi sokongan  dan kesimpulan, tetapi lebih kepada kemampuan pelajar menghasilkan isi yang menampakkan kematangan mereka dalam menghasilkan ayat yang  baik dari aspek tatabahasanya, rangkuman isinya. Ada kalanya  kita terlalu  memikirkan kepayahan mengenal pasti isi sehingga terlupa pada aspek penting seperti bahasa. (kosa kata, tatabahasa dsb. )

Kali ini saya cuma berkongsi pendapat, iaitu cara mengenal pasti isi dalam petikan bagi soalan rumusan STPM. Rakan-rakan, fikirkan apabila kita hendak menulis karangan. Kebiasaannya karangan kita akan dimulakan dengan isi @ idea utama pada setiap perenggan. Bayangkan kita sedang menulis karangan tentang punca-punca kes pembuangan bayi. Sudah tentulah kita akan meletakkan isi @ idea kita pada baris awal perenggan. Selepas itu barulah kita akan menghuraikan isi tersebut dengan mengemukakan hujah sokongan,contoh dsb.

Sekarang, apabila kita berdepan atau membaca petikan soalan rumusan, sudah tentulah petikan itu merupakan 'karangan' seseorang. Dalam hal ini, kita tidak perlulah 'memerah otak' sangat untuk mencari isi sokongan kerana isi tersebut biasanya terletak pada baris awal setiap perenggan isi. 

Pada bahagian pertengahan setiap perenggan isi, kebiasaanya penulis petikan berkenaan akan menghuraikan  ideanya,  dan kebiasaannya huraiaan berkenaan mengandungi huraian lanjutan@contoh  (tidak perlu diambil). Baris akhir setiap perenggan isi juga perlu diberi perhatian kerana ada kalanya penulis memasukkan isi baharu ataupun isi lanjutan pada bahagian akhir perenggan sebelum mereka menghuraikannya pada perenggan seterusnya.

Oleh sebab itu, kita sepatutnya menumpukan perhatian kita pada bahagian tertentu petikan yang dikaji untuk menyenangkan kita mengesan isi penting. Masa yang lebih dapat kita guna untuk memikirkan aspek bahasa, ayat yang mantap dsb. 


bersambung...
 

No comments:

Post a Comment