Wednesday 6 April 2011

JSU?


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUNDU
Borang Semakan Taksonomi Bloom
Semester 2 sesi 2011

Kod Kertas: 910/02
Tajuk Kertas: Bahasa Melayu 2
Penyelaras:Zanalhisham bin Johar

No. Soalan
Aras rendah
Aras tinggi

Pengetahuan
Pemahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
BAHAGIAN A [50 markah]
1




/

2



/


3





/
4
/





BAHAGIAN B [20 markah]
5




/

BAHAGIAN C [15 markah]
6

/




7

/




BAHAGIAN D [15 markah]
8


/



JUMLAH
1
2
1
1
2
1
*calon memilih satu soalan sahaja daripada pilihan soalan yang disediakan. 
 
ARAS
JUMLAH PERATUS DIPEROLEH
SYARAT PERATUSAN
ARAS 1&2
37.5
0-30
ARAS 3&4
25
60-65
ARAS 5&6
37.5
10-15
KEPUTUSAN
TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN TAKSONOMI BLOOM

BAHAGIAN A : 50 MARKAH

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini.


1. Pada penghujung tahun 2006, negara kita khususnya di selatan tanahair telah dilanda banjir besar. Jelaskan faktor-faktor berlakunya banjir di negara kita dan langkah-langkah untuk mencegah banjir pada masa akan datang.
Pemahaman (Comprehension) Aras Rendah
2. Kes ragut yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai terutamanya kaum wanita. Berdasarkan pandangan anda, nyatakan langkah-langkah yang wajar diambil untuk mengatasi masalah ini.
Pemahaman (Comprehension) Aras Rendah
3. Sektor pelancongan merupakan sektor yang mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada negara jika sektor ini diusahakan secara bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun, usaha yang telah dijalankan selama ini untuk menarik pelancong masih belum cukup berkesan. Bersetujukah anda dengan pendapat ini, dan kemukakan langkah-langkah yang anda fikir berkesan untuk meningkatkan lagi perkembangan sektor pelancongan negara ini.
Penilaian (Evaluation) Aras Tinggi
4. Baru-baru ini berlaku kenaikan harga barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak di seluruh negara. Sebagai pengerusi sebuah persatuan pengguna, anda bercadang menghantar satu memorandum berkaitan hal ini kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Dalam memorandum itu, anda menyatakan kekesalan terhadap masalah yang dihadapi dan menyarankan langkah-langkah untuk mengatasi keadaan tersebut. Sediakan memorandum tersebut selengkapnya.
Aplikasi (Application) Aras Sederhana

sumber: JPN SABAH


BAHAGIAN B 20 MARKAH

5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan itu dengan padat dan ringkas  tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 160 hingga 170 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.
 Sintesis (Synthesis)
BAHAGIAN C 15 MARKAH

6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana.
 Pemahaman (Comprehension)


7. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu Moden dengan memindahkan bentuk dialog ke dalam cakap pindah. Petikan yang terhasil mestilah memperlihatkan ciri-ciri keutuhan satu wacana. Pemahaman (Comprehension)
BAHAGIAN D 15 MARKAH

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan.
Aplikasi (Application)
sumber; Soalan percubaan JPN SABAH




JADUAL 1 Hirarki Kognitif Taksonomi Bloom
Hirarki Kognitif Kata Kunci

1. Pengetahuan (Knowledge)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori,
hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran
yang lepas.
Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.
2. Pemahaman (Comprehension)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat
sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.
Pilih, terangkan, tulis semula.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini antaranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.
3. Aplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk
menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum,
teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.
Selesaikan,ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.]
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

4. Analisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil,
membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara
bahagian, kenali struktur organisasi.
Bezakan, pasti, pilih.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.
5. Sintesis (Synthesis)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri,
menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat
klasifikasi.
Bina, hasilkan,susun, kembangkan.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.
6. Penilaian (Evaluation)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas
alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik
Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.


No comments:

Post a Comment