Wednesday 13 April 2011







Padankan tempat yang betul bagi vokal asli bahasa Melayu di atas.

u
a
e
o
i



Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang tepat.
  1. Diftong berperanan sebagai satu fonem dan dilambangkan oleh lambang vokal ____, ____, dan ____.
  2. Bunyi-bunyi bahasa Melayu dapat digolongkan kepada bunyi-bunyi _________, __________, dan __________.
  3. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu iaitu letupan, letusan, geseran, getaran,sisian, _________ dan separuh vokal.
  4. Huruf [e] yang melambangkan bunyi vokal depan separuh sempit dikenali sebagai e________ manakala huruf [e] yang mewakili bunyi vokal tengah disebut e________.
  5. Lapan konsonan pinjaman yang masih digunakan dengan kerap dalam bahasa Melayu merupakan konsonan __________.




JAWAPAN
  1. Diftong berperanan sebagai satu fonem dan dilambangkan oleh lambang vokal [ai], [au], dan [oi].
  2. Bunyi-bunyi bahasa Melayu dapat digolongkan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan, dan diftong.
  3. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu iaitu letupan, letusan, geseran, getaran,sisian, SENGAU dan separuh vokal.
  4. Huruf [e] yang melambangkan bunyi vokal depan separuh sempit dikenali sebagai e taling manakala huruf [e] yang mewakili bunyi vokal tengah disebut e pepet.
  5. Lapan konsonan pinjaman yang masih digunakan dengan kerap dalam bahasa Melayu merupakan konsonan geseran.

No comments:

Post a Comment