Saturday 30 April 2011

Anak-anak tupaiku (Episod 2.1)




“Kenapa dengan si Monica tu?” Soal Jilinsia dengan penuh dramatik. Aku hanya melihat sepintas lalu ke arah Monica dan Harrison. Memang jelas Monica kelihatan seperti cacing kepanasan, namun kepanasan itu tidak dapat melawan kepanasan hati aku pada waktu ini. Jari jemariku menggenggam erat ‘marker pen’ yang hampir kekeringan ink.

”Bila la agaknya dia nak beli pen marker untuk kelas ni? Dulu janji nak beli. Cakap tak serupa bikinlah orang tua ni! Bentak hatiku bila melihat wajah lemau En Zanal yang sedang duduk  di depan kabin A3.

”Kau rasa Harrison tu o.k tak Patt?’ Kali ini Jilinsia bertanya sambil mengangkat-angkat keningnya sambil jarinya mengusap dagu bagai ada janggut di situ. Kelakuannya tak ubah seperti Salleh Kamil, watak geng samseng zaman P. Ramlee.
‘Entahlah…Kau rasa o.k kah ? Kalau o.k kenapa ? Kali ini giliran aku pula mengangkat-angkat keningku sambil mataku kujegil sebesar-besar mungkin.
“Kau ni menakutkan la Patt”! jerit Jilinsia sambil ketawa lalu meninggalkan aku kalut seorang diri.

Tiba-tiba aku perasan sepasang mata memerhatikan aku dari arah tepi. Aku terus melihat ke arahnya. Rupa-rupanya Elizaberth sedang termenung panjang. Entah apa yang difikirkannya. Matanya lansung tidak berkelip, menandakan fikirannya jauh melayang. Keadaannya itu lansung tidak memberi kesan kepada Mila yang asyik bercakap di sebelahnya tanpa disedari bahawa sememangnya Mila sedang bercakap seorang diri, bukannya dengan Elizaberth!

Fikiranku kembali kepada hal yang menyebabkan aku panas hati pada pagi ni. "Memang tak guna! Sial! Jahanam! Hati ku bagai disiat apabila Zaimorisch ketawa terbahak-bahak bagai lanun Somalia mendapat habuannya.Pun begitu, aku tak boleh nak salahkan Zaimorisch kerana bukan dia yang menyebabkan aku naik angin satu badan. Sememang anjing itu yang bersalah. Anjing itu yang jahanam! Anjing sial! Anjing yang meninggalkan tahinya untuk kupijak semasa aku berjalan dengan penuh gemalai menuju ke kabin.



No comments:

Post a Comment