Wednesday 27 April 2011

Jangan Leka!


aku berharap ada perubahan pada sikap sesetengah individu dalam A3. Aku sebenarnya tidak suka untuk berleter namun persiapan untuk menghadapi peperiksaan oleh anak-anak tupai masih pada tahap 'buih-buih teh tarik sahaja'. Buih yang nampak menyelerakan namun tidak mendatangkan kekenyangan. Ingatlah... kalian hanya ada masa lebih kurang 5 bulan sahaja lagi untuk memperkasa diri menghadapi peperiksaan. Kalau tidak, kalian hanya kepompong kosong, bukannya kepompong kehidupan yang akan melahirkan insan yang lebih baik daripada keadaan sebelumnya. 


Buat anak-anak tupaiku...korbankan kemenjadian sosial kalian untuk jangka masa yang sementara ini, demi kecemerlangan yang berkekalan kelak. 






















No comments:

Post a Comment