Monday 26 March 2012

Latihan 1

Kata kerja
1.       Keputusan  Amir untuk menangguhkan dahulu pengajian sarjananya di Universiti Kebangsaan Malaysia sememangnya dijangkakan.
...untuk menangguhkan pengajian...

2.       Tindakan Puan Amutha menanyai akan saya hal peribadi Encik Gusdur telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakan sekerjanya.
...menanyai saya hal peribadi...

3.       Dengan berbekalkan kepada semangat yang waja, mereka terus merempuh badai yang mengganas.
Dengan berbekalkan semangat...
4.       Murid-murid perlu ingat jasa para pejuang  kemerdekaan negara.
...perlu ingat akan...
5.       Kempen ini gagal menerangkan kepada rakyat tentang cara-cara untuk mengitar semula.
...gagal menerangkan cara-cara untuk ...

SILA HASILKAN ANALISIS KESALAHAN . JAWAPAN SUDAH TERTERA NAMUN SEBAB KESALAHANNYA BELUM ADA.

Thursday 22 March 2012

Arah Tujuan Anak-anak tupaiku

Keputusan STPM 2011 sudah lama berlalu. Namun aku masih terkilan kerana begitu cepat masa berlalu.
Hanya beberapa orang warga 6A3 sempat kutemui. Sayang sekali aku tidak mampu meneruskan cerita tentang kalian. Walaupun kalian sudah keluar dari kepompong kehidupan sekolah, namun kenangan bersama-sama kalian tetap kuingat sentiasa. Harapanku, kalian sentiasa tabah menempuhi dugaan hidup di luar sana. Mulai saat inilah, erti tanggungjawab akan kalian rasa benar-benar dipikul, bukan sahaja tangggungjawab kepada keluarga malah yang paling penting ialah tanggungjawan terhadap kelansungan hidup kalian agar  sentiasa terpimpin ke arah yang betul. Kegagalan pasti akan menambah 'rasa' pengalaman hidup dan kejayaan akan 'mewarna' jejak kehidupan. Janjiku pada kalian, akan kuhabiskan cerita 'anak-anak tupaiku' . Insyaalah.

Saturday 4 February 2012

Penyelidikan 2012

Analisis  Bentuk  Kesalahan  Bahasa Dalam Jawapan Peperiksaan Sekolah  Subjek Bahasa Malaysia Kertas 2: Kajian Kes  Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6A3 2012 SMK Lundu.
Penyelidik:
 
NISHA ANAK JACKLENG
MOHD. BAKRISHAH BIN BAKTIAR
NORIZA ANAK DAVID

Penyelia:
ZANALHISHAM BIN JOHAR