Monday 4 April 2011

Kuiz BM2 [D]






Kenal pasti kesalahan pada ayat-ayat di bawah dan nyatakan sebab kesalahannya. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk jawapan anda.
1.
Projek itu akan kerajaan laksanakan secepat mungkin.
2.
Sifat ingin mencuba, ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam dan mempraktikkan apa yang dilihat, dibaca atau didengar menjadi punca peningkatan kemelut sosial.
3.
Walaupun bermatlamat kepada menyediakan peluang peniagaan kepada masyarakat tempatan, pasar tani itu dipenuhi peniaga-peniaga warga bukan tempatan. 
4.
Hujah yang bernas tidak berasaskan kepada logik semata-mata.
5.
Kementerian Pendidikan telah memperluaskan skop mata pelajaran kini agar pelajar dapat menyerap lebih banyak ilmu pengetahuan berbanding dulu.
6.
Memandangkan perubatan tradisional mempunyai banyak kelebihan, rakyat Malaysia perlu menyedari akan kelebihan perubatan tradisional ini.
7.
Kentucky Fried Chicken, McDonalds, Pizza Hut, dan lain-lain makanan seperti ini lansung tidak memberikan zat yang seimbang.
8.
Alasan yang dikemukakan oleh beliau berdasarkan kepada teori tersebut.

No comments:

Post a Comment