Friday 1 April 2011

Latihan Analisis Kesalahan Bahasa



KATA KUNCI: KATA PEMERI / KATA SENDI / KATA ADJEKTIF / KATA HUBUNG

Kegiatan mencuri ternakan, terutama lembu dan kambing, adalah berleluasa di daerah tersebut, terutama menjelang musim hari raya.
Kesalahan : adalah berleluasa
Sebab kesalahan: ayat ini mempunyai kata kerja “berleluasa”. Oleh itu, tidak perlu kata pemeri .



“Masyarakat berfikir” adalah asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju di abad ke- 21.
Kesalahan : adalah asas
Sebab kesalahan: kata pemeri “adalah” digunakan jika frasa yuang mengikutnya terdiri daripada 
kata adjektif atau frasa sendi.


Perpaduan yang tercapai setakat ini perlu perlu dipelihara dan diperkukuhkan.
Kesalahan: diperkukuhkan
Sebab Kesalahan: kata kukuh ialah kata adjektif. Kata adjektif hanya boleh menerima awalan
rangkap ‘diper-‘ untuk membawa maksud ‘dijadikan lebih kukuh’ atau bertambah kukuh.


Kadangkala kerugian yang dialami oleh pengguna adalah berpunca daripada kesilapan  dan kelalaian mereka sendiri.
Kesalahan ; adalah berpunca
Sebab kesalahan: kata pemeri adalah tidak boleh digunakan untuk menghubungkan subjek
dengan predikat yang terdiri daripada frasa kerja. 


Pada waktu yang sama, media massa kita tidak habis-habis menyiarkan berita dan gambar tentang sungai-sungai kita yang tercemar dengan seribu satu macam sampah sarap, termasuk bahan-bahan toksik.
Kesalahan: penggunaan kata sendi nama [dengan] tidak tepat kerana kata sendi nama selepas
kata kerja  pasif berawalan ter- ialah [oleh]



Keikhlasan dan kejujuran Malaysia mempersoalkan tindakan PBB dalam menangani isu antarabangsa telah dibalas dengan tekanan ke atas ekonomi Malaysia.
Kesalahan : ke atas
Sebab kesalahan: frasa sendi nama ‘ke atas ekonomi Malaysia’ tidak betul kerana sendi nama
dalam bentuk [sendi nama+kata arah+frasa nama hanya sesuai menyatakan tempat. 
Pembetulan: kepada








Lapangan terbang yang bernilai RM 10.59 bilion itu dijangka menjadi pintu masuk utama di rantau ini dengan menawarkan perkhidmatan secara lansung kepada bandar-bandar raya utama di dunia.

Kesalahan: kepada
Sebab kesalahan: penggunaan kata sendi nama ‘kepada’ salah kerana ‘kepada’ tidak boleh
digunakan untuk sasaran tempat
Pembetulan : ke


Sifat dengki, iri hati, hasad serta cemburu ialah sifat semula jadi yang ada di dalam diri manusia.
Kesalahan: hasad serta cemburu
Sebab kesalahan: penggunaan kata hubung ‘serta’ boleh digunakan apabila ayat tersebut telah
menggunakan kata hubung [dan]
Pembetulan : dan


Oleh kerana gerai tersebut bersebelahan dengan gerai yang menjual air, Ahmad terus membeli milo ais kegemarannya.
Kesalahan: Oleh kerana
Sebab kesalahan: ungkapan ‘oleh kerana’ salah kerana ‘oleh’ merupakan kata sendi nama
sedangkan ‘kerana’ kata hubung keterangan dan bukannya kata nama.
Pembetulan: oleh sebab


Menurut Kamariah, apa yang menyebabkan dirinya tabah dalam menghadapi kehidupan mendatang ialah disebabkan oleh penerimaan masyarakat sekeliling.
Kesalahan: apa yang
Sebab kesalahan: kata tanya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata yang merujuk kepada
sesuatu
Pembetulan: perkara yang


No comments:

Post a Comment