Wednesday 27 April 2011

Anak-anak tupaiku (Episod 2)





Awan mendung beralih lesu di kaki banjaran Gading. Titisan halus yang turun pada pagi ini cukup menyegarkan aku. Hatiku bergelodak memikirkan peristiwa semalam. entah mengapa situasi menjengkelkan itu harus berlaku. Kalau aku mempunyai kuasa sakti, mahu saja aku bertukar menjadi debu, terbang lari tanpa dikesan, melayang-layang ke tempat lain. Lamunan ku terhenti apabila En Zanalhisham masuk dengan tergesa-gesa.


"Bagi saya 5 minit, lepas tu barulah kita mula" beritahu Encik Zanal.


Kata-kata Encik Zanal tidak dibalas oleh sesiapa. Semua maklum dengan kenyataannya itu. Erient masih lagi tersenyum memegang rambutnya yang telah siap didandan oleh Caronmella, juru dandan rambut di A3. Stefanus menguap bagai naga yang kekenyangan sambil diperhatikan oleh Nurul yang kagum dengan 'ngauman' Stefanus. Pouline tiba-tiba tersengih seorang diri.Yang lain masing-masing meneruskan kerja peribadi kala itu. 


Fikiranku masih lagi menyesali peristiwa semalam. Kata-katanya masih terngiang-ngiang kotak fikiranku. 


"Mo", dia menyapaku dengan senyuman yang menimbulkan seribu persoalan.
"Apa hal? Tanyaku dengan penuh debaran. Hati berdebar kerana aku tahu dia pasti menegurku kerana peristiwa semalam. "Tuhan! tolonglah aku!!!" jerit hatiku. 

No comments:

Post a Comment