Saturday 2 April 2011

Rumusan (sambungan)


OLAHAN ISI PADA PERENGGAN

Pembinaan sesebuah perenggan adalah sama seperti sesebuah karangan. Yang berbeza hanyalah skop yang diliputi. Karangan meliputi skop yang lebih luas tetapi perenggan pula sebaliknya.

Setiap perenggan perlu mempunyai ayat topik, ayat sokongan dan ayat kesimpulan. Ayat topik merupakan isi utama sesuatu perenggan. Ayat topik juga dikenali sebagai ‘ayat kunci’ kerana ayat ini dapat menyatakan atau memperkenalkan isi yang ingin disampaikan oleh calon dalam perenggan berkenaan. Ayat sokongan memperincikan sesuatu topik dan terdiri daripada contoh, bukti, statistik, kes dan sebagainya. Sesuatu perenggan perlu diakhiri ayat kesimpulan yang merupakan penegasan terhadap ayat topik.


 













Tidak mustahil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Walau bagaimanapun, kita perlu terlebih dahulu mengubah pemikiran dan menilaiu kecemerlangan ilmu kerana konsep ini perlu dilihat dari perspektif yang luas, terutama dari segi kandungan ilmu yang patut kita kembangkan. Umpamanya, mengapakah orang tertarik dengan pendidikan di Barat? Ini disebabkan peluang pendidikan di sana sangat luas. Bidang penyelidikan dan ilmu baharu berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, banyak orang pergi ke Barat untuk belajar. Dalam hal ini kita perlu berusaha supaya orang tertarik untuk belajar di negara kita dan bukan lagi di negara Barat.



ISI UTAMA

Tidak mustahil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini.  [ayat topik@ I] Walau bagaimanapun, kita perlu terlebih dahulu mengubah pemikiran dan menilaiu kecemerlangan ilmu kerana konsep ini perlu dilihat dari perspektif yang luas, terutama dari segi kandungan ilmu yang patut kita kembangkan. [ayat sokongan@P] Umpamanya, mengapakah orang tertarik dengan pendidikan di Barat? Ini disebabkan peluang pendidikan di sana sangat luas. Bidang penyelidikan dan ilmu baharu berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, banyak orang pergi ke Barat untuk belajar. [ayat sokongan@C] Dalam hal ini kita perlu berusaha supaya orang tertarik untuk belajar di negara kita dan bukan lagi di negara Barat. [ayat kesimpulan@ I]



Olahan ayat baharu

Tidak mustahil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. [I]

Walau bagaimanapun, kita perlu terlebih dahulu mengubah pemikiran dan menilaiu kecemerlangan ilmu kerana konsep ini perlu dilihat dari perspektif yang luas, terutama dari segi kandungan ilmu yang patut kita kembangkan [P]

Dalam hal ini kita perlu berusaha supaya orang tertarik untuk belajar di negara kita dan bukan lagi di negara Barat. [I]








Malaysia boleh menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Namun,

pemikiran tentang cara menilai kecemerlangan ilmu perlu diubah agar

merangkumi aspek-aspek yang lebih luas. Hal ini penting untuk menarik

minat pelajar asing ke negara ini.


Berdasarkan kepada rajah di atas, cuba kesan kedudukan isi utama pada petikan di bawah.

Ilmu merupakan pra syarat penting untuk mewujudkan ketamadunan sesebuah negara bangsa. Sejarah ketamadunan manusia telah membuktikan bahawa budaya ilmu dalam kehidupan merupakan pencetus kemajuan. Semakin tinggi budaya ilmu sesebuah negara bangsa, maka semakin tinggilah ketamadunan yang dicapai oleh mereka. Hal ini terbukti dalam tamadun Islam, tamadun China, tamadun Eropah dan tamadun-tamadun lain  yang menunjukkan bahawa  budaya ilmu dalam masyarakat berkenaan telah melahirkan suatu bangsa yang dikagumi.

ISI UTAMA
Ilmu merupakan pra syarat penting untuk mewujudkan ketamadunan sesebuah negara bangsa. Sejarah ketamadunan manusia telah membuktikan bahawa budaya ilmu dalam kehidupan merupakan pencetus kemajuan. [I] Semakin tinggi budaya ilmu sesebuah negara bangsa, maka semakin tinggilah ketamadunan yang dicapai oleh mereka. [C] Hal ini terbukti dalam tamadun Islam, tamadun China, tamadun Eropah dan tamadun-tamadun lain  yang menunjukkan bahawa  budaya ilmu dalam masyarakat berkenaan telah melahirkan suatu bangsa yang dikagumi. [I]


Olahan ayat baharu
Ilmu merupakan pra syarat penting untuk mewujudkan ketamadunan sesebuah negara bangsa. Sejarah ketamadunan manusia telah membuktikan bahawa budaya ilmu dalam kehidupan merupakan pencetus kemajuan
= budaya ilmu memajukan ketamadunan sesebuah negara bangsa.

tamadun Islam, tamadun China, tamadun Eropah dan tamadun-tamadun lain  yang menunjukkan bahawa  budaya ilmu dalam masyarakat berkenaan telah melahirkan suatu bangsa yang dikagumi.
=Ketinggian budaya ilmu dalam tamadun Islam, tamadun China dan tamadun Eropah  dan sebagainya menjadikan bangsanya bangsa yang dikagumi.

# Budaya ilmu memajukan ketamadunan sesebuah negara bangsa. Hal ini dibuktikan oleh Ketinggian budaya ilmu dalam tamadun Islam, tamadun China dan tamadun Eropah  dan sebagainya menjadikan bangsanya bangsa yang dikagumi.

Dengan kewujudan belas kasihan, manusia dapatlah dianggap sebagai manusia sebenarnya. Malah belas kasihan di hati kita harus lebih halus dan mendalam daripada yang wujud dalam masyarakat haiwan. Ada haiwan yang perasaan penyayangnya hampir sama dengan manusia. Ada haiwan yang bergilir-gilir menjaga anak. Yang membezakan belas kasihan manusia daripada  binatang ialah belas kasihan daripada manusia terbit daripada kemampuannya  mengembangkan sifat ini dalam masyarakat. Bagi haiwan, sifat ini hanya satu naluri.

ISI UTAMA

Dengan kewujudan belas kasihan, manusia dapatlah dianggap sebagai manusia sebenarnya. Malah belas kasihan di hati kita harus lebih halus dan mendalam daripada yang wujud dalam masyarakat haiwan. Ada haiwan yang perasaan penyayangnya hampir sama dengan manusia. Ada haiwan yang bergilir-gilir menjaga anak. [C] Yang membezakan belas kasihan manusia daripada  binatang ialah belas kasihan daripada manusia terbit daripada kemampuannya  mengembangkan sifat ini dalam masyarakat. Bagi haiwan, sifat ini hanya satu naluri.  [I]


Olahan ayat baharu



Yang membezakan belas kasihan manusia daripada  binatang ialah

belas kasihan daripada manusia terbit daripada kemampuannya 

Mengembangkan sifat ini dalam masyarakat.





YAB Perdana Menteri mengingatkan pemilik dan pengamal media supaya tidak berkompromi dalam soal budaya dan nilai hidup dalam keghairahan mereka dalam memburu kejayaan dalam bidang ekonomi dan industri. Kemajuan dalam bidang ekonomi dapat diterokai tanpa mengorbankan prinsip budaya  yang kita sanjung. Terpulanglah kepada pemilik dan pengamal budaya mencari jalan yang lebih wajar  untuk memenuhi matlamat keuntungan  mereka tanpa perlu mengorbankan nilai dan budaya masyarakat. Kenyataan beliau itu berasaskan hakikat bahawa sistem sosiobudaya rakyat negara ini perlu terus kekal dan dipertahankan walaupun kita terpaksa mengharungi  arus kecanggihan teknologi yang mampu mengubah persepsi kita terhadap  kemajuan.

ISI UTAMA
YAB Perdana Menteri mengingatkan pemilik dan pengamal media supaya tidak berkompromi dalam soal budaya dan nilai hidup dalam keghairahan mereka dalam memburu kejayaan dalam bidang ekonomi dan industri. Kemajuan dalam bidang ekonomi dapat diterokai tanpa mengorbankan prinsip budaya  yang kita sanjung. Terpulanglah kepada pemilik dan pengamal budaya mencari jalan yang lebih wajar  untuk memenuhi matlamat keuntungan  mereka tanpa perlu mengorbankan nilai dan budaya masyarakat. Kenyataan beliau itu berasaskan hakikat bahawa sistem sosiobudaya rakyat negara ini perlu terus kekal dan dipertahankan walaupun kita terpaksa mengharungi  arus kecanggihan teknologi yang mampu mengubah persepsi kita terhadap  kemajuan.













No comments:

Post a Comment