Wednesday 27 April 2011

Latihan Lenjan Minda

LATIH TUBI 1

Pada masa ini, ratusan juta manusia menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat. Syarikat perniagaan menggunakan internet untuk mengiklankan  perkhidmatan dan barangan. Pelabur mencurahkan berbilion-bilion ringgit untuk melabur dalam syarikat internet. Di Malaysia, hampir dua juta orang menggunakan internet dalam urusan mereka, dengan perniagaan berasaskan internet (e-dagang) mencapai hampir RM 2 bilion. Pasaran teknologi maklumat di negara ini akan mencapai jumlah RM 7 bilion pada akhir tahun ini. Syarikat internet  menjadi kekasih baharu di pasaran saham.

Pada zaman teknologi maklumat, impian menjadi kenyataan kepada anak muda yang bercita-cita merncapai status jutawan  dalam masa yang pantas. Zaman ini merupakan zaman ’wang mudah’. Teknologi maklumat memberi inspirasi kepada kejayaan jutawan muda yang inovatif, genius dan berani mengambil risiko. Inilah fenomena teknologi maklumat dan era internet yang begitu mengagumkan. Teknologi maklumat menghasilkan peluang tersendiri dalam dunia siber tanpa sempadan. Setiap era dan  penemuan baharu akan menjanjikan kejayayaan dan kekayaan  kepada penciptanya.

ARAHAN: Petikan di atas terdiri daripada perenggan pengenalan dan 1 perenggan isi. Sila hasilkan 1 isi utama yang lengkap dan 1 isi sokongan yang lengkap daripada petikan tersebut. Panjang rumusan anda antara 35 45 patah perkataan.

Ibu
:
Sekarang bukan waktunya bertengkar lagi, tetapi bekerjasama dan bersefahaman, menerima dan mengisi kemerdekaan.

Engku Bahri
:
(Mengecilkan suara radio dan mendekati Affandi). Affandi, kita pergi ke padang , kita harus menyaksikannya.

Affandi
:
(Terharu) Ya, kita akan pergi. (Menghulurkan tangan kepada Engku Bahri dan berjabat tangan). Pada dasarnya aku menerima kemerdekaan ini.

ARAHAN: Baca dengan teliti petikan novel berikut, kemudian alih bentuk teks ini menjadi teks prosa biasa.


ARAHAN: Kenal pasti kesalahan dalam 3 ayat di bawah. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebavb kesalahan dan kemudian buat pembetulan.

Apabila membicarakan tentang hal warga tua, kita seharusnya sedar bahawa kebahagiaan warga tua terletak pada keluarga itu sendiri.

Menurut Menteri Pelajaran, langkah itu merupakan salah satu usaha untuk memperkukuhkan pelaksanaan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Paras kolestrol yang tinggi, diabetes, hipertensi, obesiti, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan ialah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini

No comments:

Post a Comment