Monday 25 July 2011

Cadangan jawapan analsis kesalahan bahasa




Cadangan Jawapan
Kata nama
Ganti nama tanya seperti  ‘apa’ dan ‘siapa’ digunakan untuk bertanya sahaja. Ayat tersebut boleh dibetulkan dengan menukarkan ‘apa’   menjadi ‘apa-apa’, ‘apa jua’, ‘apa pun’, ataupun kata tanya ‘apa’ tersebut digugurkan.
  1. ...menghayati apa-apa yang...
  2. ...menghayati apa jua yang...
  3. ...menghayati apa pun...
  4. ...menghayati hal yang...
Kata Sendi
Ayat yang sudah sempurna subjek dan predikatnya jika mahu diberi maklumat tambahan, maklumat itu diberikan dalam bentuk frasa sendi (FS) dan bukannya frasa kerja (FK) atau frasa nama (FN). FN atau FK tidak boleh berfungsi sebagai keterangan kecuali frasa  nama yang merujuk waktu seperti pagi kelmarin , hari ini, esok , lusa , dan sebagainya. Frasa keterangan lazimnya terbina daripada FS.
  1. ...turut meningkat sebagai akibat  kenaikan...
  2. ...turut meningkat kerana...
  3. ...turut meningkat oleh sebab...
Kata sendi nama ‘oleh’ perlu diikuti atau hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Perkataan ‘kerana’ merupakan kata  hubung  keterangan sebab dan bukannya kata nama. Perkataan yang tepat ialah kata nama ‘sebab’.
  1. Oleh kerana itu...
Penggunaan kata sendi yang tidak tepat. Kata sendi nama ‘terhadap’ digunakan untuk membawa maksud rujukan sesuatu yang konkrit.  Kata nama ‘kesihatan’ dalam ayat merupakan  rujukan sesuatu yang umum atau mujarad. Kata sendi  nama ‘tentang’  merupakan kata sendi nama yang tepat.
  1. ...kerajaan tentang kesihatan...





Kata Kerja/Frasa Kerja
Soalan 1 dan 2.
Kata kerja tak transitif yang berimbuhan ‘ber...-kan’  perlu diikuti pelengkap kata nama/frasa nama. Tanpa akhiran –kan, kata kerja tak transitif di atas diikuti frasa sendi nama dengan kata sendi nama  ‘pada’.
1.       Dengan berbekalkan semangat...
2.       Dengan berbekal pada semangat..
3.       Walaupun bermatlamat pada...

Soialan 3
Frasa kerja yang merujuk atau menerangkan lansung kata nama atau frasa nama (KKTT berawalan  -beR- tetapi tidak dapat menerima akhiran –kan )sebelumnya disebut frasa kerja iringan, dan frasa kerja iringan ini tidak boleh didahului kata sendi atau kata hubung.
  1. Televisyen berfungsi menyampaikan maklumat ...
Soalan 4 & 5
Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang mesti diikuti objek dan objek itu mestilah dalam golongan kata nama atau frasa nama bagi menyempurnakan binaan frasa kerja transitif. (FKT= KKT+KN/FN objek). Perkataan ‘tentang’ merupakan  kata sendi nama  yang berfungsi menunjukkan maksud rujukan sesuatu yang umum atau mujarad.
1.       ...membincangkan teori yang...
2.       ...memperkatakan peperangan..
*walaupun kata kerja transitif dapat berfungsi sebagai kata adjektif dan kata sendi nama, kata-kata itu tetap tergolong dalam golongan kata kerja. (Tentang vs. Mengenai)
Kata adjektif
Kata ‘lebih’ perlu diikuti oleh  kata adjektif (KA) untuk berdiri sebagai penerang  kata nama atau frasa nama yang sempurna dan strukturnya berbentuk ;KN/FN + (yang)+lebih+KA, bukannya lebih+KN.
  1. ...dapat memberikan keuntungan yang lebih besar/banyak kepada...
Kata kerja transitif yang diterbitkan daripada kata adjektif  hanya menerima imbuhan awalan  ‘memper- dan diper- sahaja.
  1. ...telah memperluas skop mata pelajaran...
Sumber: Sarana Bahasa Universiti; Oxford/Fajar


No comments:

Post a Comment