Wednesday 20 July 2011

Anak-anak tupaiku



Kita harus bertindak sesenyap  yang mungkin, tanpa disedari, laksana tupai di kala malam. Agaknya itulah yang dibisikkan oleh Monica kepada teman 'makanan' sewaktu dalam kabin pada petang semalam. sudah lama kiranya aku tidak menulis apa-apa dalam blogku ini. Kekangan masa dan juga tiada idea serta bahan antara puncanya. 

Tidak banyak yang ingin ku kongsikan  pada kali ini dengan anak-anak tupaiku. Ada perkembangan sihat yang dapat kulihat belakangan ini. kalau dalam kabin, ketekunan  Rokiah dan Gloria cukup menyenangkan hatiku. Perkembangan terkini tentang kemelut anak-anak tupaiku dengan 'subjek geografi' sudah berakhir. aku terharu dengan kesungguhan kalian untuk memperbetul keadaan dengan 'miss H'.

Cerita anak tupaiku???? Aku masih lagi buntu  idea kerana belakangan ini aku jarang mengelamun ataupun 'meninjau' gelagat anak-anak tupai semasa dalam kabin. Latih tubi sahaja, sampai 'kembang' bagai mi maggi yang terendam lama....bosan???? apa yang dapat kulakukan, sudah menjadi tanggungjawab aku dan kalian perlu terima hakikatnya, latih tubi itu penting walau kalian dah hampir tepu. 

Tapi aku perlu menyiapkan cerita itu sebelum sesi 2011 berakhir...tunggu!



No comments:

Post a Comment