Friday 11 November 2011

Restuku untuk kalian...

Lain benar keadaannya apabila aku menjejak kaki kedalam kabin 6A3 pada pagi tadi. Ada dalam kalangan anak-anak tupaiku yang termenung jauh namun aku tidak dapat mengagak persoalan yang tengah rancak mereka fikirkan. Fikirkan tentang STPM yang kian hampir, sememangnya itulah perkara yang patut mereka risaukan, bukannya risau akan kebosanan yang bakal melanda selama mereka bercuti seminggu ini di rumah. 

Kepada Diana, Rokiah, Gloria, Elizaberth, Siti Haziah dan Pouline, sikap pendiam kalian amat kusenangi namun aku berharap satu hari kelak, kalian akan berubah menjadi seseorang yang petah berbicara, percayalah. Caronmella, Mila, Jessyca dan Siaw Mei, semoga kalian akan menjadi guru, walaupun itu bukannya cita-cita kalian kerana bagiku, kalian memang sesuai menjadi guru. Rozylia, Cerolyn serta Ferisema, aku mahu satu hari kelak akan berjumpa dengan kalian dalam keadaan yang gembira dengan apa jua yang kalian buat. Ada kalanya aku melihat kalian sering termenung jauh (mungkin disebabkan kedudukan kalian yang duduk di tepi tingkap kot!)

Helda, Helen, Patricia, Jilinsia, Shaliha, dan Nurul. Anak tupaiku yang sering menceriakan orang lain dengan telatah selamba kalian. Semoga anda semua berjaya dalam apa juga perkara yang anda semua usahakan. 

Anak-anak lelakiku... Steffanus, Gabriel,Gerald,  DXC, Harrisson, David, Aric, dan Zaimoricsh...terima kasih kerana sering memberi hiburan kepadaku sepanjang aku mengenali kalian. Lawak kalian akan kuingat selalu. 

Ingatlah anak-anak tupaiku, kejayaan yang paling  bermakna ialah membahagiakan orang tua kita. Usah gusar kiranya kejayaan dalam pelajaran tidak kesampaian  kerana semua ibu bapa mahukan kebahagiaan untuk anak-anak mereka. Anak yang hidup bahagia akan memberikan kebahagiaan yang berganda kepada ibu bapa mereka. Maknanya, apa jua yang kalian buat pada masa akan datang, semoga kebahagiaan sentiasa bersama anda semua. 

No comments:

Post a Comment