Thursday, 28 July 2011

Latihan Fonologi




Sila tanda [√] pada alat artikulasi yang terlibat
Konsonan letupan
-          Udara dilepaskan serta merta
-          Udara keluar dari rongga mulut
Konsonan  Letupan
Lelangit lembut
Pita suara bergetar
Bibir
Lidah
[p]




[b]




[t]




[d]




[k]




[g]




[Ɂ]





Bunyi vokal                                    
Tandakan anak panah yang sesuai  (sama ada [ꜛ] atau [ꜜ] bagi kedudukan alat artikulasi lelangit lembut dan lidah serta tandakan juga sama ada[√] atau [x] bagi  kenyataan untuk bunyi vokal  pada petak di bawah.
Bunyi vokal
Lelangit lembut
Udara tiada sekatan
Pita suara bergetar
Lidah
[i]




[e]




[a]




[u]




[o]




[Ə]




Sila isi konsonan yang tepat bagi petak konsonan letupan yang berkenaan sahaja pada petak  di bawah.
Konsonan  Letupan
Letupan bibir
Letupan gigi gusi bersuara
Letupan gigi gusi tidak bersuara
Letupan lelangit lembut bersuara
Letupan lelangit lembut tidak bersuara
























Isi  huruf vokal yang tepat bagi petak di bawah dan tandakan kedudukan vokal serta keadaan bibir yang tepat bagi bunyi perkataan di bawah
Bunyi vokal
Huruf vokal
Vokal depan  sempit
Vokal depan setengah sempit
Vokal depan luas
Vokal belakang
Bibir  terhampar
Bibir bundar
Mimpi







Bodoh







Antarabangsa







Untuk







Benteng







Berger
















Monday, 25 July 2011

Cadangan jawapan analsis kesalahan bahasa




Cadangan Jawapan
Kata nama
Ganti nama tanya seperti  ‘apa’ dan ‘siapa’ digunakan untuk bertanya sahaja. Ayat tersebut boleh dibetulkan dengan menukarkan ‘apa’   menjadi ‘apa-apa’, ‘apa jua’, ‘apa pun’, ataupun kata tanya ‘apa’ tersebut digugurkan.
  1. ...menghayati apa-apa yang...
  2. ...menghayati apa jua yang...
  3. ...menghayati apa pun...
  4. ...menghayati hal yang...
Kata Sendi
Ayat yang sudah sempurna subjek dan predikatnya jika mahu diberi maklumat tambahan, maklumat itu diberikan dalam bentuk frasa sendi (FS) dan bukannya frasa kerja (FK) atau frasa nama (FN). FN atau FK tidak boleh berfungsi sebagai keterangan kecuali frasa  nama yang merujuk waktu seperti pagi kelmarin , hari ini, esok , lusa , dan sebagainya. Frasa keterangan lazimnya terbina daripada FS.
  1. ...turut meningkat sebagai akibat  kenaikan...
  2. ...turut meningkat kerana...
  3. ...turut meningkat oleh sebab...
Kata sendi nama ‘oleh’ perlu diikuti atau hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. Perkataan ‘kerana’ merupakan kata  hubung  keterangan sebab dan bukannya kata nama. Perkataan yang tepat ialah kata nama ‘sebab’.
  1. Oleh kerana itu...
Penggunaan kata sendi yang tidak tepat. Kata sendi nama ‘terhadap’ digunakan untuk membawa maksud rujukan sesuatu yang konkrit.  Kata nama ‘kesihatan’ dalam ayat merupakan  rujukan sesuatu yang umum atau mujarad. Kata sendi  nama ‘tentang’  merupakan kata sendi nama yang tepat.
  1. ...kerajaan tentang kesihatan...





Kata Kerja/Frasa Kerja
Soalan 1 dan 2.
Kata kerja tak transitif yang berimbuhan ‘ber...-kan’  perlu diikuti pelengkap kata nama/frasa nama. Tanpa akhiran –kan, kata kerja tak transitif di atas diikuti frasa sendi nama dengan kata sendi nama  ‘pada’.
1.       Dengan berbekalkan semangat...
2.       Dengan berbekal pada semangat..
3.       Walaupun bermatlamat pada...

Soialan 3
Frasa kerja yang merujuk atau menerangkan lansung kata nama atau frasa nama (KKTT berawalan  -beR- tetapi tidak dapat menerima akhiran –kan )sebelumnya disebut frasa kerja iringan, dan frasa kerja iringan ini tidak boleh didahului kata sendi atau kata hubung.
  1. Televisyen berfungsi menyampaikan maklumat ...
Soalan 4 & 5
Kata kerja transitif merupakan kata kerja yang mesti diikuti objek dan objek itu mestilah dalam golongan kata nama atau frasa nama bagi menyempurnakan binaan frasa kerja transitif. (FKT= KKT+KN/FN objek). Perkataan ‘tentang’ merupakan  kata sendi nama  yang berfungsi menunjukkan maksud rujukan sesuatu yang umum atau mujarad.
1.       ...membincangkan teori yang...
2.       ...memperkatakan peperangan..
*walaupun kata kerja transitif dapat berfungsi sebagai kata adjektif dan kata sendi nama, kata-kata itu tetap tergolong dalam golongan kata kerja. (Tentang vs. Mengenai)
Kata adjektif
Kata ‘lebih’ perlu diikuti oleh  kata adjektif (KA) untuk berdiri sebagai penerang  kata nama atau frasa nama yang sempurna dan strukturnya berbentuk ;KN/FN + (yang)+lebih+KA, bukannya lebih+KN.
  1. ...dapat memberikan keuntungan yang lebih besar/banyak kepada...
Kata kerja transitif yang diterbitkan daripada kata adjektif  hanya menerima imbuhan awalan  ‘memper- dan diper- sahaja.
  1. ...telah memperluas skop mata pelajaran...
Sumber: Sarana Bahasa Universiti; Oxford/Fajar



Analisis kesalahan bahasa.
KATA NAMA
  1. Malangnya, kemajuan yang pesat ini jugalah telah mengaburi mata dan fikiran rakyat Malaysia daripada memandang dan menghayati apa yang terjadi pada empat puluh satu tahun yang lalu.
KS/FS
  1. Harga barangan dan perkhidmatan turut meningkat akibat kenaikan harga petrol dan diesel.
  2. Oleh kerana itu pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca keruntuhan akhlak remaja.
  3. Kempen rakyat sihat menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesihatan rakyat  negara ini.
KK/FK
  1. Dengan berbekalkan kepada semangat yang waja, mereka terus merempuh badai yang mengganas itu.
  2. Walaupun bermatlamat kepada menyediakan peluang perrniagaan kepada masyarakat tempatan, pasar tani itu dipenuhi peniaga-peniaga warga bukan tempatan.
  3. Televisyen berfungsi untuk menyampaikan maklumat dan menghiburkan penonton.
  4. Pensyarah itu membincangkan tentang teori yang dikemukakan oleh Profesor Salleh dusa hari yang lepas.
  5. Apabila kita memperkatakan mengenai peperangan terlintas dalam fikiran kita gambaran yang mengerikan dan memilukan.
KATA ADJEKTIF
  1. Penjanaan tenaga biojisim daripada sisa kelapa sawit dapat memberikan keuntungan yang lebih kepada sector industri kelapa sawit.
  2. Kementerian Pendidikan telah memperluaskan skop mata pelajaran kini agar pelajar dapat menyerap leibh banyak ilmu pengetahuan berbanding dulu.
  3. Remaja sukakan kesenangan dan ketenangan yang tidak menyebabkan mereka tertekan.
Kata Hubung
  1. Taraf  hidup masyarakat semakin meningkat  apabila terdapatnya peluang pendidikan yang lebih luas.
  2.  Lembaga mirip manusia itu melontarkan sesuatu ke arah penonton yang mana berada berdekatan dengan pentas. 
  3. Sikap pelajar yang mementingkan diri sendiri tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Manakala masalah kemerosotan disiplin pelajar ditangani secara bijaksana.


Kata Pemeri
  1. Antara langkah yang dilaksanakan ialah mejadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib pada semua peringkat persekolahan.
  2. Punca kemalangan itu adalah disebabkan oleh keadaan jalan yang licin

Sunday, 24 July 2011

Program Kecemerlangan Akademik 2011 smkl







Dapatan:
 Kertas 1
sasaran minimum untuk dapat A


1. 75% (45/60)
Kertas 2
Bahagian A

sasaran minimum - 32/50
- pastikan definisi untuk topik yang hendak dijawab/
- pastikan lebih daripada 3 contoh digunakan, barulah boleh guna perkataan 'dan sebagainya'.
-pastikan rangka jawapan ada 
-5 minit untuk plih soalan
-10 minit untuk bina rangka
-tulis karangan 1 jam
-kesalahan fakta akan menyebabkan 'idea' ditolak.
-kurang 450 pp- tolak 6 markah
-kurang 560 pp- tolak 4 markah
-kurang 650 pp - tolak 2 markah
-karangan terpesong- markah tidak lebih daripada 5 markah


Maklumat Sokongan Karangan 
contoh
statistik
pepatah
peribahasa (bahagian pendahuluan dan kesimpulan; terlalu banyak akan menjadi janggal)
cogan kata
pendapat tokoh berwibawa


Tumpuan Karangan
- pendidikan
-isu bahasa
-tema perayaan
-budaya


Pendekatan
-retorik
-diksi
-kosa kata 


-Setiap kesimpulan mempunyai kesimpulan kecil. 






 Bahagian B 
sasaran minimum - 15/20


elemen- punca, kesan, langkah, cadangan (isi sokongan)




Bahagian C
sasaran minimum - 8/15


Bahagian D- 8/15
Bahagian B
-

Wednesday, 20 July 2011

Anak-anak tupaiku



Kita harus bertindak sesenyap  yang mungkin, tanpa disedari, laksana tupai di kala malam. Agaknya itulah yang dibisikkan oleh Monica kepada teman 'makanan' sewaktu dalam kabin pada petang semalam. sudah lama kiranya aku tidak menulis apa-apa dalam blogku ini. Kekangan masa dan juga tiada idea serta bahan antara puncanya. 

Tidak banyak yang ingin ku kongsikan  pada kali ini dengan anak-anak tupaiku. Ada perkembangan sihat yang dapat kulihat belakangan ini. kalau dalam kabin, ketekunan  Rokiah dan Gloria cukup menyenangkan hatiku. Perkembangan terkini tentang kemelut anak-anak tupaiku dengan 'subjek geografi' sudah berakhir. aku terharu dengan kesungguhan kalian untuk memperbetul keadaan dengan 'miss H'.

Cerita anak tupaiku???? Aku masih lagi buntu  idea kerana belakangan ini aku jarang mengelamun ataupun 'meninjau' gelagat anak-anak tupai semasa dalam kabin. Latih tubi sahaja, sampai 'kembang' bagai mi maggi yang terendam lama....bosan???? apa yang dapat kulakukan, sudah menjadi tanggungjawab aku dan kalian perlu terima hakikatnya, latih tubi itu penting walau kalian dah hampir tepu. 

Tapi aku perlu menyiapkan cerita itu sebelum sesi 2011 berakhir...tunggu!